Slot Peluang Perniagaan Simkad

22 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 September 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi dengan kerjasama Jurulatih Razylino daripada Tone Group telah mengadakan slot Peluang Perniagaan Simkad yang berlangsung selama 2 jam 30 minit. Ia juga melibatkan 12 orang peserta daripada Kuching. Slot ini telah dibuka iaitu program bermula pada jam 2:30 petang untuk memperkenalkan kepada peserta untuk menjana pendapatan secara pasif.

Peserta didedahkan dengan penggunaan aplikasi myWOW di Google Playstore di telefon bimbit serta kelebihan menjadi ahli simkad tersebut dengan mendaftar di bawah beberapa pakej. Selain itu, pelbagai peluang yang disediakan kepada peserta untuk menarik minat peserta menjadi ahli. Slot ini tamat pada jam 5:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali